Friday, 23 May 2014

Aku Freshie Universiti Malaya

teruih terang aku cakap , aku tak reti nak karang ayat sedap .
aku reti tulih ikut teghadap ja :D

aku ni sebenaqnya mangsa upu . silap aku pi isi bahagian RU (research university) tapi takpa . ada sebab pasaipa Allah takdirkan aku dapat yuem , um , universiti malaya atau universiti of malaya . aku ni pun tak cukup setahun lagi kat sini . tapi alhamdulillah sekarang dah semester dua . ada lagi lima sem aku nak kena harung . insya Allah boleh ! :D

walaupun aku ni dah masuk sem dua , aku tak kenai pun kebanyakan coursemates aku . coursemates aku ramai chinese , melayu . international students pun ada . laki yang sorang tu dari nigeria . nama dia adewole apa tah . panjang sangat namanya pun . lagi sorang dari maldives , khasyiya . aku cuma rapat dengan budak perempuan melayu ja . aku perlu lakukan sesuatu agar aku tak ketinggalan untuk kenai dengan semua coursemates aku yang lain .
hwaiting ! kpoponya~

aku nak cerita banyak , aku tak reti .
aku letak gambaq ja lah . senang sikit kerja aku .



muka gembira masuk um lulz
(tapi ni bukan kat um)



buat assignment secara berjemaah di perdana botanical garden :)



ni team lawn bowl kolej kediaman kelima. kalau nak stay kolej kenalah pandai survive .
join lah projek (MPD , NBD , KEBATIM) @ sukan (SUKMUM) @ seni (FESENI) under kolej .

di bawah terik mentari , kami cuba menghitamkan diri . sanggup :D


team lawn bowls muslimat . aher her her :D




sejujurnya tak pernah terlintas di pikiran aku untuk main sukan .
umum mengetahui aku anti sukan sejak sekolah lagi dan berterusan di matrik .
tapi tidak di universiti .
ahahahahaharghhh !



hari kedua .
harapan cerah selepas single , double dan triple

layak hingga ke peringkat yang membanggakan :)


ni kak maisarah . oghang kedah .
baik orangnya . selalu ajak aku jogging lepas subuh .
tapi aku selalu terkandas atas katil .
hurm . hurm . hurm .



eh ? ni apa plak dah ?
heh heh heh



stay tuned ...
.
.
.
.
.
.

Fi amanillah !

Assalamualaikum !!


:D

Monday, 2 December 2013

makanan rohani

aku dahagakan santapan rohani
aku rindukan usrah yang dulu
aku dah jauh dari jalan yang sepatutnya
aku rindu murabbiahku
aku rindu teman seperjuanganku
para mutarabbi

berjumpa seminggu sekali
menambah ilmu
memperbaiki diri
aku rindu semua tu
sekarang diri aku kosong

Ya Allah sangatlah merugikan kalau aku pergi menghadapMu dalam keadaan macam ni

Ya Allah bimbinglah aku 
berilah aku kekuatan untuk terus berjalan diatas bumi ini mengikut landasanMu
kuatkanlah aku .

bila dapat begini lagi :')

aku rindu mereka tapi aku juga 
yang pernah meninggalkan mereka

Saturday, 16 November 2013

throw back

Assalamualaikum .

lama tak hapdet blog ni 

sekadar mengenang kembali kenangan semasa di matrikulasi

aku dulu matrik perak

kat gopenghagen

tau dak kat mana ? hahah

layan ja lah gambaq-gambaq yang tak seberapa ni

:)



waktu sampai kat persimpangan ke matrik
berdebaq gila time ni

kat pintu masuk

ni la bilik aku
kat blok teja tingkat dua nombor sebelas

for your info , matrik perak ni dikelilingi oleh ladang kepala sawit 
saujana mata memandang

hari terakhir pengkuliahan . 

perkenalkan , my classmates :) 

jejaka-jejaka

gambaq bonus :p

bersama klcc

till then :)

fi amanillah 


Thursday, 20 December 2012

Rat Dissection

PDT semester empat . KMPk,Gopeng .

Tarikh dissection , 20th Dec 2012 .

Oleh Hasnah Hassan dan Nur Zulia Farahana Yusuf


Saturday, 21 April 2012

Keinsafan Diri :)


Assalamualaikum


la ni pukoi 0444 , 04212012

roomates semua dah tidoq dah
aku macam biasa , insomnia in progress :D

baru balik dari bilik alia @ emylia @ emy dynkydoo atau nama asai beliau
@#$%^& ............... (tak ingat hehehe)

tadi kami dok tengok pasai syiah dan ASWJ

lepaih tu aku cakap kat dia nak balik bilik
cakap nak tidoq padahai update blog
(chewahh sejak aktif ni , kalau tak berulat ja)

berbalik pada tajuk post nih
tu tajuk lagu nasyid sebenaqnya ^^
sapa penah dengaq lagu ni angkat tangan ? :D
aku suka lagu nih :) nyanyian fursan
mata mesti berayaq tiap kali dengaq lagu nih
pasai pa tak tau lah
haish ~~ 


Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari tuhan yang esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak kesyurgamu
Namun tak sanggup ke nerakamu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padamu

Ku tetap setia
Padamu oh tuhanku
Akan ku patuhi segala
Suruhanmu

Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
Cinta ilahi


 
Kumpulan FURSAN adalah sebuah kumpulan nasyid yg dianggotai oleh lima orang pegawai dan anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Telah ditubuhkan semenjak tahun 1992 bagi memenuhi keperluan hiburan alternatif islam diperingkat ATM khasnya. Telah menghasilkan sebuah album bertajuk IBTIDA' pada awal tahun 2010.